KUALA LUMPUR CITY FC ANNOUNCE AFC CUP 2022 TICKET CAMPAIGN AND PRICES (ENGLISH)

Kuala Lumpur City Football Club (KLCFC) is delighted to announce our ticket prices for the AFC Cup 2022 Group H fixtures which will be played at the Kuala Lumpur Football Stadium in Bandar Tun Razak, Cheras, later this month. The tickets will go on general sale to all supporters from June 17, 2022.

 

The biggest draw on the lot is the sale of the ‘RM40 Combo Ticket’, which allows for our #sampaimatikualalumpur fans to watch all Group H matches, namely the City Boys’ opener against Indonesia’s PSM Makassar on Friday, June 24, 2022 (8 pm) and the closing game with Singapore’s Tampines Rovers on Thursday, June 30, 2022 (8 pm) including the clash between PSM Makassar and Tampines Rovers on Monday, June 27, 2022 (8 pm). Also introduced is the ‘RM100 Grand Stand Combo Ticket’, which provides access to all matches with seating at the main stand. Both Combo’s with discounts of 46.67% and 33.33%, respectively, over regular prices, are only available for purchase from June 17, 2022, exclusively at Ticket Hotline’s site at www.tickethotline.com.my (note: charges apply)

 

For fans who prefer to pick and choose which match to attend, they may do so with single match tickets at RM25 (general seating) or RM50 (grandstand). These tickets will be sold daily from 2pm to 7pm at the Kuala Lumpur Football Stadium ticket counter beginning Wednesday, June 22, 2022, with sales on match days extending until gates close. Only cash payment will be accepted for single-match tickets.

 

The best bit of the news here is reserved for the special ones: FREE ENTRANCE for kids/children age 12 and below (born in or after the year 2010), but their ticket-paying parent or legal guardian must accompany them. Please bring your young ones along! 1? 2? Bring them all with you!

 

What about the discerning fan who worries about the Covid-19 virus, physical distancing and crowds at football matches in general? KLCFC welcomes you for private seating arrangements known as the Family & Friends Enclosure, where you are given a maximum of 10 clustered seats sectioned off specifically for your family and friends, at a safe distance from others with the privacy of a separate entry. All this for an unbeatable price of RM300 per match! Only twelve (12) such enclosures are available on each match day. Please call/WhatsApp KLCFC at +6019-2017466 for details or to make a booking.

 

Those who want to watch the matches in style have the luxury of four (4) executive boxes at the stadium on each match day. W(h)ine and dine a three (3)-course meal over an AFC Cup match in the company of your business associates or entertain your customers, all from the privacy and safety of your own fully enclosed glassed window suites that gives the best view of the action on the pitch! Each executive box may fit between 8 to 12 pax and is available upon request. To know more, please contact call/WhatsApp KLCFC at +6019-2017466.

 

Last but not least, for members of the B2 City Boys, a flat rate of RM32 is applicable for entry of season ticket holders into all three AFC Cup matches, a discount of almost 28% over the RM40 Combo Ticket. The membership package did not include the AFC Cup matches. Hence this add-on is required for admission into the B2 stand. As a bonus to encourage the attendance of teenage fans, each season ticket holder with this AFC Cup add-on may bring with them an unlimited number of Under-18 Special Guests (born in or after 2004) at the lowest rate of RM2 per pax at the gates, while for kids/children, the same applies as mentioned earlier.

 

We would be extremely honoured to have the presence of the City Boys fans and Kuala Lumpur residents (Malaysian and foreign alike), young and old, to come down and throw your unwavering support behind Bojan Hodak & Co., turning up in full force during every match throughout this AFC Cup campaign and help spur OUR TEAM to even greater heights matching the glorious past of the Red And White! You did so in the gallant run towards attaining the Malaysia Cup last November, and we surely need your voice in the stands loud and proud! THIS IS YOUR CITY

#sampaimatikualalumpur !!

 

Thank you!

 

KUALA LUMPUR CITY FC MENGUMUMKAN PELANCARAN KEMPEN PENJUALAN DAN HARGA TIKET AFC CUP 2022 (BAHASA MALAYSIA)

 

Kuala Lumpur City Football Club (KLCFC) berbesar hati untuk mengumumkan secara rasmi harga tiket bagi Piala AFC 2022 peringkat Kumpulan H, yang bakal diadakan pada hujung bulan ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak, Cheras, akan dibuka untuk jualan umum kepada semua penyokong bermula hari Jumaat, 17 Jun 2022.

 

Tarikan terbesar dalam kempen ini adalah penjualan ‘Tiket Combo RM40’, di mana penyokong #sampaimatikualalumpur dapat menyaksikan kesemua perlawanan Kumpulan H, terutama sekali perlawanan pembukan ‘The City Boys’ menentang pasukan PSM Makassar dari Indonesia pada hari Jumaat, 24 Jun, 2022 (jam 8 mlm) dan perlawanan penutup menentang pasukan Tampines Rovers dari Singapura pada hari Khamis, 30 Jun 2022 (jam 8 mlm). Tidak ketinggalan juga perlawanan di antara PSM Makassar dan Tampines Rovers pada hari Isnin, 27 Jun 2022 (jam 8 mlm). Turut diperkenalkan adalah ‘Tiket Combo Grand Stand RM100’ yang membenarkan penyokong menyaksikan ketiga-tiga perlawanan ini dari kawasan astaka utama stadium. Kedua-dua pakej Tiket Combo ini menawarkan diskaun sebanyak 46.67% dan 33.33% berbanding harga tiket asal, dan hanya boleh didapati secara eksklusif bermula 17 Jun 2022 di laman sesawang Ticket Hotline iaitu www.tickethotline.com.my (nota : caj dikenakan)

 

Bagi penyokong yang memilih untuk menonton perlawanan tertentu sahaja, anda boleh mendapatkan tiket perlawanan dengan harga RM25 (tempat duduk umum) atau RM50 (astaka utama). Tiket sebegini akan dijual secara harian bermula hari Rabu, 22 Jun 2022, dari jam 2ptg sehingga jam 7mlm di kaunter tiket Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, dengan jualan pada hari perlawanan diteruskan sehingga pintu ditutup. Kaedah pembayaran yang diterima bagi penjualan sedemikian adalah secara tunai sahaja.

 

Berita terbaik di dalam pemakluman adalah dikhususkan bagi golongan yang istimewa : KEMASUKAN PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (lahir pada atau selepas tahun 2010), tetapi mereka perlu diiringi oleh ibubapa/penjaga yang sah, yang turut memiliki tiket perlawanan. Bawa sahaja anak-anda ke stadium bagi memeriahkan suasana tidak kira 1 atau 2 atau lebih!

 

Bagaimana pula dengan penyokong yang masih risau berhubung penularan wabak Covid-19, penjarakkan fizikal dan suasana keramaian pada hari perlawanan nanti? KLCFC turut menawarkan tempat duduk peribadi yang dikenali sebagai Kawasan Keluarga & Rakan, di mana anda diberikan 10 tempat duduk secara khas pada jarak yang selamat dari orang ramai dan kemasukan ke stadium yang dikhaskan. Kesemua ini hanya pada harga RM300 setiap perlawanan! Hanya 12 kawasan sebegini yang tersedia pada setiap hari perlawanan. Sila hubungi KLCFC di talian 019-2017466 atau menerusi applikasi WhatsApp di nombor yang sama untuk mendapatkan butiran ataupun membuat tempahan.

 

Kepada penyokong yang menginginkan kemewahan, kami juga menawarkan (4) kotak eksekutif di stadium pada setiap perlawanan. Anda boleh menikmati hidangan ‘3-course’ sambil menonton perlawanan Piala AFC ditemani rakan kongsi perniagaan ataupun bagi menghiburkan pelanggan anda, semuanya dari keselesaan dan keselamatan ‘suite’ peribadi berkaca dan tertutup milik anda sendiri, yang turut memaparkan pemandangan terbaik aksi di padang! Setiap kotak eksekutif ini boleh memuatkan 8 hingga 12 orang dan disediakan atas permintaan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau WhatsApp KLCFC di talian 019-2017466.

 

Akhir sekali untuk ahli ‘B2 City Boys’, tiket kadar rata dengan harga RM32 disediakan untuk kemasukan pemegang tiket bermusim bagi menonton ketiga-tiga perlawanan Piala AFC ini, dengan diskaun 28% berbanding harga ‘Tiket Combo RM40’. Pakej keahlian yang sedia ada tidak termasuk perlawanan Piala AFC, dan tambahan pembayaran ini diperlukan bagi kemasukan ke astaka B2. Setiap pemegang tiket bermusim dengan tambahan pembayaran Piala AFC ini diberikan kelebihan untuk membawa Tetamu Jemputan Remaja Bawah-18 (lahir pada atau selepas tahun 2004) tanpa sebarang had bilangan dengan caj kemasukan RM2 sahaja setiap seorang di pintu kemasukan. Untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dank ke bawah, kemasukan kekal percuma.

 

Adalah besar harapan kami agar penyokong ‘The City Boys’ dan penduduk Kuala Lumpur (tidak kira warga Malaysia atau warga asing), tua dan muda, sudi hadir membanjiri stadium dengan meletakkan sokongan yang padu di belakang pasukan Bojan Hodak; turun dengan penuh semangat ketika setiap perlawanan sepanjang kempen Piala AFC ini untuk membantu memacu PASUKAN KITA ke tahap yang lebih tinggi menyamai kegemilangan Merah Dan Putih suatu masa dahulu! Anda telahpun lakukan sedemikian dalam mengecapi kejuaraan Piala Malaysia bulan November lalu, dan kami pastinya memerlukan laungan suara anda di stadium : sentiasa bangga sentiasa lantang! PERTAHANKAN BANDARAYA ANDA!

#sampaimatikualalumpur

 

Terima kasih!