KUALA LUMPUR CITY SPONSORS MATCH TICKETS AND LOCAL TRANSPORT FOR
FANS ATTENDING AFC CUP ASEAN ZONE SEMI-FINAL (ENGLISH)

In light of Kuala Lumpur City’s important fixture in the AFC Cup ASEAN Zonal Semi-final match against Viettel FC today, Wednesday, 10 August 2022, the management of Kuala Lumpur City Football Club has made a decision to sponsor the match tickets and local transportation for our fans who made the journey to Ho Chinh Minh City.

 

The City Boys are extremely honoured and excited to have the support at our first-ever ASEAN level knock-out game in 28 years and for our ardent fans who made the journey to Ho Chi Minh City (Saigon), the Club has arranged for match tickets and a domestic bus to ferry our traveling supporters to be in-person spectators of this historical showpiece at the Thong Nhat Stadium.

 

Despite our lean resources, it is paramount for us to acknowledge the commitment and support of our fans who have traveled to show their unwavering support behind Bojan Hodak & Co. The club hopes that this one-off gesture of appreciation would help cushion the costs of our fans and make their stay here in Saigon one to be remembered for many many years to come.

 

Quoting the City Boys’ Chief Executive Officer, Stanley Bernard, “The challenges faced by supporters in attending this semi-final are in multiple terms, financial, logistical, (and) time. They’ve made plenty of sacrifices to be here. Hopefully this initiative allows the majority of our attending fans to be more at ease and truly enjoy the occasion.” It is hoped that our 12th man would once again help spur OUR TEAM on this very special night.

 

Thank you!

 

KUALA LUMPUR CITY TAJA TIKET PERLAWANAN DAN PENGANGKUTAN TEMPATAN
BAGI PENYOKONG YANG HADIR KE SEPARUH AKHIR ZON ASEAN AFC CUP
(BAHASA MALAYSIA)

 

Sempena ujian penting Kuala Lumpur City dalam menghadapi cabaran peringkat separuh akhir Zon ASEAN AFC Cup menentang Viettel FC hari ini, Rabu, 10hb Ogos 2022, pihak
pengurusan Kuala Lumpur City Football Club (KLCFC) telah memutuskan untuk menaja tiket perlawanan dan pengangkutan tempatan bagi penyokong kami yang sudahpun selamat tiba
di Ho Chi Minh City.

 

Pasukan ‘The City Boys’ yang akan membuat kemunculan pertama dalam tempoh 28 tahun di tahap kalah-mati peringkat ASEAN, amat berbesar hati dan teruja untuk memiliki sokongan sedemikian, dan khusus bagi penyokong tegar kami yang telahpun hadir ke Ho Chi Minh City (Saigon), pihak KLCFC telahpun menguruskan tiket perlawanan dan bus tempatan untuk membawa penyokong ke detik bersejarah ini yang bakal disaksikan di Stadium Thong Nhat.

 

Walaupun dengan kemampuan terhad, amatlah penting kepada kami untuk memperakui iltizam dan azam yang ditunjukkan oleh para peminat yang datang dari tanahair semata-mata bagi meletakkan sokongan padu tidak berbelah bahagi di belakang pasukan Bojan Hodak.

 

Pihak KLCFC mengharapkan tanda penghargaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos yang ditanggung penyokong, serta memberikan pengalaman manis di Saigon yang akan dikenang untuk bertahun lamanya.

 

Memetik Ketua Pegawai Eksekutif KLCFC, Stanley Bernard, “Cabaran yang dihadapi penyokong, peminat untuk menghadiri (perlawanan) separuh akhir ini adalah pelbagai, kewangan, lojistik, (dan) masa. Mereka telah membuat banyak pengorbanan untuk berada di sini. Diharapkan agar inisiatif ini membenarkan majoriti penyokong kami yang akan hadir untuk lebih selesa dan menikmati sahaja pengalaman ini.”

 

Sekali lagi kami harapkan orang ke-12 pasukan akan membantu memacu PASUKAN KITA pada malam yang istimewa ini.

 

Terima kasih!