14 Oct Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan buat barisan pimpinan baru Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan buat barisan pimpinan baru Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bagi penggal 2024-2028 yang diketuai Presiden baru, Tuan Syed Yazid Syed Omar.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah serta tanggungjawab . Semoga dipermudahkan segala urusan kepimpinan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Kuala Lumpur City Football Club juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Eksekutif KLFA yang telah berkhidmat dan menabur bakti di penggal 2019-2024.
No Comments