
15 Jun Hari Basikal Sedunia 2025 (Kuala Lumpur Car Free Morning)
Program Kayuhan Bersama Duta sempena Hari Basikal Sedunia 2025 (Kuala Lumpur Car Free Morning) telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini. Dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur, turut serta Tuan Syed Yazid Syed Omar, Presiden Kuala Lumpur dan pemain Cityboys.
Acara ini menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memperkukuh jalinan komuniti, serta menyokong agenda mobiliti hijau demi kelestarian bandar raya Kuala Lumpur

No Comments