KEMASUKAN PERCUMA KHUSUS UNTUK WARGA KERJA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) BAGI PERLAWANAN ‘HOME’ KUALA LUMPUR CITY FC MUSIM 2025/2026

KEMASUKAN PERCUMA KHUSUS UNTUK WARGA KERJA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) BAGI PERLAWANAN ‘HOME’ KUALA LUMPUR CITY FC MUSIM 2025/2026

Tawaran kemasukan percuma untuk Warga Kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), melibatkan SEMUA perlawanan ‘Home’ pasukan Kuala Lumpur City Football Club (KLCFC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur (SBKL), dalam Liga Malaysia musim 2025/26 yang terdiri daripada kejohanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

• Setiap warga kerja DBKL yang berminat, perlu hadir di SBKL, Kaunter Tiket A (lorong khas penebusan & pengambilan tiket/simpanan barang), paling awal 90

minit sebelum sepakmula perlawanan sehingga tamatnya separuh masa pertama perlawanan. Warga DBKL berkenaan perlu menunjukkan pas kerja DBKL (staf ID) serta mengisi butiran yang diperlukan untuk mendapatkan baucer kemasukan percuma.

• Baucer kemasukan percuma ini HANYA untuk ruangan tempat duduk terbuka, dengan kemasukan di Pintu (‘Gate’) B1 dan/atau C1.

• Setiap warga kerja DBKL yang memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, layak untuk menebus sehingga maksima 4 (empat) baucer kemasukan percuma dalam 1 (satu) transaksi sahaja.

• Hanya 200 baucer kemasukan percuma tersedia khusus untuk warga kerja DBKL bagi setiap perlawanan ‘Home’ KLC.

• Baucer ini tidak boleh ditebus/ditukarganti dalam bentuk wang ringgit; tidak boleh dijualbeli.

No Comments

Post A Comment