Kuala Lumpur City Football Club merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

Kuala Lumpur City Football Club merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

Kuala Lumpur City Football Club merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Dato’ TPR Fadlun bin Mak Ujud, mengadakan pertemuan bersama barisan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Football Club pada Isnin, 1 Disember 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Pertemuan ini dihadiri oleh Pengarah Kuala Lumpur City merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Tuan Syed Yazid Syed Omar; Pengarah Eksekutif merangkap Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Datuk Sham Shamrat Sen Gupta; serta Bendahari Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, En. Zaki Hairuddin. Pertemuan tersebut membincangkan perkembangan semasa berkaitan inisiatif dan perancangan yang melibatkan pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur serta pasukan Kuala Lumpur City FC.

No Comments

Post A Comment