SUATU PERJUMPAAN KHAS DIADAKAN BERSAMA YANG BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN & DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

SUATU PERJUMPAAN KHAS DIADAKAN BERSAMA YANG BERSAMA YANG BERHORMAT MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN & DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Pertemuan itu yang diadakan di pejabat Menteri Wilayah Persekutuan di ibukota, melambangkan kerjasama yang erat dan kukuh antara kepimpinan tertinggi Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Kuala Lumpur City Football Club. Perjumpaan ini untuk memastikan kelestarian dan pencapaian bolasepak Kuala Lumpur & Kuala Lumpur City Football Club.

Selain daripada menumpukan perhatian kepada arena bolasepak, perbincangan sewaktu perjumpaan khas ini ada juga menyentuh tentang program-program DBKL seperti ‘KL Bandaraya Rendah Karbon’, ‘Teh Hijau’ dan ‘Temu DBKL dimana Kuala Lumpur City Football Club akan terus menjadi rakan usahasama dan menjadi duta kepada DBKL bagi menyokong usaha-usaha murni ini. Kuala Lumpur City Football Club juga bersedia untuk mendukung sebarang inisiatif DBKL pada masa akan datang kerana program-program yang telah diadakan sebelum ini sangat memberi kesan yang sangat positif kepada warga kota.

Kuala Lumpur City Football Club juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dr Zaliha Mustafa selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan pihak DBKL khususnya Y.Bhg. Datuk Sr. Haji Kamarulzaman Mat Salleh (Datuk Bandar Kuala Lumpur) diatas sokongan mereka yang berterusan terhadap perjuangan Kuala Lumpur City Football Club didalam industri bolasepak tanah air.

#klbandarayarendahkarbon#klcityfc#sampaimatikualalumpur

No Comments

Post A Comment