TERIMA KASIH IPD CHERAS!

TERIMA KASIH IPD CHERAS!

Pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City Football Club (KLC), Stanley Bernard telah mengadakan suatu kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Cheras, YDH ACP Ravindar Singh a/l Sarban Singh.

Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Kuala Lumpur City khususnya dalam aspek keselamatan barisan pemain & pegawai pasukan kita serta keselamatan penyokong yang hadir pada hari perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak.

Turut hadir bersama adalah YDH Supt Ridzuan bin Khalid, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, DSP Abdul Ghani bin Haji Talib, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti & Insp Mohamad Nur Hidayat bin Mohd Sharial, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam.

Terima kasih IPD Cheras!

No Comments

Post A Comment